Langkah-langkah Menghadiri Temuduga

Pada masa ini, masalah ekonomi bukan sahaja melanda Malaysia malah seluruh dunia. Beribu-ribu pekerja diberhentikan setiap hari di Malaysia sendiri. Bagaimanakah kehidupannya seterusnya? Apakah langkah yang mesti mereka ambil untuk mencari rezeki? Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai. memalukan. Adakah mereka hanya menunggu dan mengharapkan bantuan kerajaan? Saya perlu mencari pekerjaan baru untuk terus hidup.

Oleh itu, tidak hairanlah, peningkatan mendadak dalam bilangan permohonan di sektor awam. Kira-kira 500,000 permohonan perkhidmatan awam telah diterima. Tetapi berapa banyak kekosongan yang ada dalam jawatan terbuka? Malah mereka yang bekerja juga mula tertanya-tanya sama ada mereka adalah sebahagian daripada kumpulan yang akan dipecat.

Oleh itu, anda perlu memasuki sektor awam dan memilih pekerjaan yang stabil untuk menjamin masa depan anda. Adakah mudah untuk mendapatkan jawatan perkhidmatan awam dan masuk ke dalam syarikat? Sekiranya terdapat dua kekosongan, SPA akan memanggil 10,000 calon dan mesti cuba dipilih dalam kalangan calon yang ramai. 

(Do’s & Don’ts) Perkara-perkara yang Anda Harus Elak Ketika Menghadiri Interview

Antara langkah-langkah yang mestilah dititik beratkan oleh calon sewaktu menghadiri interview adalah seperti berikut:

  1. Membincangkan atau menjawab soalan penemuduga dengan jawapan yang tiada hubung kait dengan soalan penemuduga ataupun interviewer.
  2. Calon tidak dapat fokus sepenuh perhatian kepada pengaju soalan sewaktu ditanyakan soalan oleh interviewer ataupun penemuduga yang lain.
  3. Calon menggoreng jawapan atau cuba untuk tidak menjawab soalan panel interviewer secara terus.
  4. Calon temuduga meremehkan soalan yang diajukan kepadanya berdasarkan jawapan balas semasa menjawab pertanyaan.
  5. Sengaja menyebut ataupun highlight nama pegawai-pegawai berpangkat besar yang sedia ada di dalam syarikat supaya interviewer merasa kagum.
  6. Tidak mengawal perasaan kendiri sewaktu diajukan soalan dengan memberi jawapan balas secara tidak teratur serta mengajukan soalan teknikal yang sukar untuk dijawab penemuduga apabila diberi peluang.

Kawalan Perasaan Ketika Sesi Temuduga

Jika anda merasa dipandang remeh atau dihina, secara asasnya, anda mungkin tidak mengawal komposisi emosi. Tentu sekali semasa di dalam sesi temuduga, panel-panel penemuduga akan cuba mencabar calon untuk menjawab soalan-soalan sukar yang boleh membuatkan anda tergugat sewaktu cuba untuk menjawabnya. Beginilah hakikat ataupun taktik yang digunapakai oleh penemuduga untuk menguji sejauh mana ketahanan mental dan emosi calon-calon yang berpotensi.

Anda tidak perlu risau, ikuti cara-cara bagaimana untuk anda mengatasi situasi seperti ini:

  1. Calon perlu sentiasa menyedari bahawa panel interviewer atau penemuduga tengah melakukan ujian terhadap anda.
  2. Anda hanya perlu menjawab semua soalan yang diajukan secara terang dan jelas dengan susunan ayat yang teratur.
  3. Calon perlu mengenepikan sifat ego kendiri, serta sentiasa merendah diri semasa ditemuduga.
  4. Sentiasa memastikan komposisi diri berada dalam keadaan tenang sebelum menjawab apa-apa jua soalan.
  5. Calon haruslah mempamerkan senyuman tidak kira apa jua keadaan sekalipun sepanjang sesi temuduga berlangsung.
  6. Anda harus menunjukkan kesungguhan dan minat yang bersungguh-sungguh untuk jawatan yang dipohon.

Calon dinasihatkan untuk menjawab semua soalan dengan tenang, tanpa terburu-buru. Sekiranya gagal, ianya akan menyebabkan anda tidak dapat fokus dan juga gagal mengawal emosi.


Join Telegram Kerja Kosong:

Exit mobile version